Anda mahu Develop Projek Apps Anda? Whatsapp Idea anda kepada: FairuzRamli 0136788888

Android Programmer Malaysia

Android Programmer Malaysia

Adakah anda mencari programmer untuk membangunkan perisian dan aplikasi android? Anda daripada syarikat atau individu yang memerlukan pembangunan perisian untuk kegunaan anda dan urgent?

Android daripada Google merupakan platform OS mobile apps yang sangat besar dan popular. Pastinya mobile apps ini mempunyai potensi yang luas dan nilai komersil yang tinggi.

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Hubungi kami tentang idea anda untuk pembangunan mobile apps android. Kita bincang secara win win ok.

Programmer Android Malaysia
Programmer Android Malaysia


Sejarah Android

Kerjasama dengan Android Inc.

Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android Inc. bekerja dengan Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Pada masa itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai peranti perisian telefon bimbit. Sejak dari itu muncul khabar angin bahawa Google hendak memasuki pasaran telefon bimbit. Di syarikat Google, pasukan yang dipimpin Rubin bertugas mengembangkan program peranti bimbit yang disokong oleh kernel Linux. Hal ini menunjukkan kesungguhan bahawa Google sedang bersiap menghadapi persaingan dalam pasaran telefon bimbit.[perlu rujukan]

2007-2008: Produk awal

Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengajukan hak cipta aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google memperkenalkan Nexus One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari, 2010).[perlu rujukan]

Pada 9 Disember 2008, diumumkan ahli baru yang menyertai program kerjasama Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan oleh Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp, dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset Alliance, OHA mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti mudah alih (mobile) yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6. Sejak Android dikeluarkan telah dilakukan pelbagai kemas berupa pembaikan bug dan penambahan ciri baru.[perlu rujukan]

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009 dianggarkan di dunia ini sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis telefon bimbit yang menggunakan Android.


Android versi 1.1

Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.


Android versi 1.5 (Cupcake)

Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem.


Android versi 1.6 (Donut)

Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.


Android versi 2.0/2.1 (Eclair)

Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah $ 25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.


Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)

Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.


Android versi 2.3 (Gingerbread)

Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada satu.


Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)

Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom.


Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)

Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .


Android versi 4.2 (Jelly Bean)

Android versi 4.4 (KitKat)

Versi ini diumumkan dan diluncurkan pada tahun 2013, dalam waktu yang hampir bersamaan dengan Nexus 5.

Android versi 5.0 (Lollipop)

Versi ini diluncurkan pada tanggal 12 November 2014 (13 November kalau di Indonesia). Versi ini membawa banyak sekali fitur baru, di antaranya Material Design, tampilan yang lebih modern, dan ada fitur untuk menambah pengguna baru.

Android Versi 6.0 (Muffin)

Versi ini adalah versi tidak stabil terbaru pada sistem operasi Android


Copyright © Programmer, Servis Develop Software, System and Mobile Application Designed by azhafizah.com